Apr 15, 2010

Andai Itu TakdirNya.........

   Seorang wanita bernama isteri saban waktu memendam rasa sakit hati akibat perbuatan sang suami yg hanya mementingkan diri sendiri.Si isteri sanggup berkorban segala2nya demi untuk melihat rumah tangga yg di bina harmoni dan bahagia seperti rumah tangga org lain.Tp,si suami xpernah ingin...malah xpernah sudi utk berkongsi rasa si isteri.Malah,perangai nya semakin menjadi-jadi.Berkali-kali hati isteri dilukai dgn sikap sang suami yg xsedar diri~~suka mencari keseronokan diluar~~.
    Tak pernah terfikirkah sang suami,apa perasaan isterinya yg kerap kali menemui bukti2 onar yg dilakukannya?tidak adakah sekelumit perasaan simpati di hati?bila ditanya.....jawapan sama diberi,"jgn campur urusan saya".Ya Allah!mudahnya si suami berkata-kata.Kalau hal suami sendiri pun isteri xblh campur...apa sebenarnya tujuan sesebuah perkahwinan itu?adakah sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata2?
    Stlh bertahun2 si isteri bersabar...makan hati dgn perangai suami yg xpernah menghargai kewujudannya...akhirnya si isteri nekad utk memilih jalan sendiri.Tp,ego seorang lelaki....lbh tinggi dr segala2nya."Sampai mati pun awak xkan saya ceraikan!"itulah ayat yg menjadi kebanggaan sang suami.Walaupun hakikatnya,sudah merata di canang bahawa hidupnya tdk bahagia di sisi si isteri!Manusia jenis apakah ini?sengaja menyiksa hati dan perasaan seorang isteri yg ikhlas menyintainya.
     Tp,takdir tuhan....tiada siapa mampu menghalangnya.Sesungguhnya Allah mendengar doa org yg teraniaya.Pd.mlm itu....terlafazlah talak dr mulut sang suami.Semua berlaku kerana salah sendiri.Sendiri cari pasal...dan sendiri xdapat memberi penjelasan.Apa yg dia th hanyalah"jgn campur urusan saya"hanya itu!Si isteri redha dgn takdir hidupnya.Untuk apa mengharap pada yg sememangnya xsudi!
      Sesungguhnya Allah maha besar!sang suami ingin rujuk kembali!!what??betul lah kata org...kita xkan menghargai apa yg kita miliki hinggalah kita kehilangannya.Tp,hati seorang isteri yg tlh lama terluka...xmungkin akan sembuh secepat itu.Si isteri nekad,andai itu takdirnya...dia redha!dr hidup bersulam duka...baiklah dia membawa haluan sendiri.Walaupun,mula-mula mmg pahit utk dilalui...namun dia rasa hatinya kuat utk terus melangkah....mencari kebahagiaan yg diimpikan.
       Kini,sang suami seperti hilang akal...selalu merayu2...untuk apa?dimana si cantik manis yg sentiasa dirindui dulu?pergilah......bknkah itu yg selalu dibangga2kan dulu???Skrg xguna lagi menyesali segala perbuatan kerana sudah TERLAMBAT!!Terimalah segalanya sbg pengajaran berguna....jgn sesekali sakiti hati seorang isteri yg lemah!dia hanya ingin hidup bahagia...dikasihi..disayangi.....dia xpernah minta lbh!!tp,sang suami...terlalu alpa,ego,selfish yg akhirnya memakan diri sendiri.
       Kpd sang suami,terimalah kenyataan...dia kini bukan milikmu lagi.
       Kpd si isteri,tabahlah menerima ujian,pasti ada kemanisan yg menanti.
Buat sahabatku yg berkenaan,tabahlah selalu.Pandai2 lah mencorakkan kehidupan mendatang dgn warna2 yg membahagiakan....semoga dirimu dilindungi Allah selalu.

No comments:

Post a Comment